04 December 2011


Assalamualaikum dan Heloo Peeps .
Tanda-tanda seorang lelaki menyayangi anda . sebelum tu nak cakap yang saya sayang Ammirudin sangat sangat :) jujur , ikhlas , benar . 


 Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai .


   Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati , nyata kamu tidak silap memilih teman hidup . Situasi ini jelas terang-terangan menjelaskan bahawa dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar . Betapa beruntungnya kamu . . .


   Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat nasihat bermaksud mengingati . Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin lancar tampa sebarang masalah , itu tandanya dia amat menyayangi kamu .


   Jika sudah sayang , macam macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya . Lelaki berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu . Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang


   Kamu hadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu . Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama . Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu . Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kestiaannya . 


   Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya . . bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata untuk seorang perempuan . Jangan biarkan EGO menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti . 

RenungRenungkanlha . Dan selamat Beramal Semua :)



No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011