23 April 2011

Dairi bergambar : perangai Budak Sekolah :)

Bila ingat balik, macam-macam perangai masa jadi budak sekolah dulu. Antara perkara yang paling selalu buat dan wajib dikuasai oleh setiap murid-murid adalah cari alasan bila kerja rumah tak siap.
Siapa suruh malam-malam bila emak layan cerekarama engkau pun sibuk pergi join sekaki? Pagi-pagi pergi sekolah barulah terhegeh-hegeh pinjam buku kawan nak tengok jawapan. Tak sempat habis tiru, cikgu dah suruh kumpul buku.


Apa lagi terpaksa lah jumpa cikgu, buat alasan macam-macam. Tersalah ikut jadual tahun lepas lah, penyamun masuk rumah curi buku sekolah lah. Kalau mood cikgu tu tengah baik tak apa. Dibuatnya malam tadi dia baru lepas bergusti dengan laki, mahu pecah gegendang telinga kena tarbiyah T________T


Perangai kedua yang tak boleh lupa adalah melepak dalam tandas.
ang ini aku tak tahu orang lain ada buat ke tak tapi aku memang pernah buat SEKALI. Masa tu tak siap kerja Pendidikan Seni. Bila aku fikir-fikir balik, apakejadah lah aku ni tak siap kerja seni pun boleh sanggup pergi lepak dalam tandas, dah lah subjek seni tu 2 jam T_____T


Aku pun tak ingat apa aku buat 2 jam dekat dalam jamban tu selain greet semua orang yang masuk jamban masa tu. Kalau jamban tu wangi ada pasang Air Wick, tak apa lah jugak. Jangankan Air Wick, ubat gegat pun tak ada. Balik-balik kelas, bau badan dah serupa bau jamban.


Perangai yang ketiga adalah: cikgu mengajar dekat depan, kau buat hal sendiri dekat belakang.

Perangai ni siapa tak pernah buat memang tak fun lah zaman persekolahan. Masa cikgu mengajar tu lah kau tiba-tiba rajin nak baca novel, magazine, tengok katalog pasaraya (?) biasanya dekat asrama membuta je kerjanya. Sekali kena tanya, ternganga tak tahu nak jawab apa.


Pernah satu kali cikgu mengajar Bahasa Melayu dekat depan, aku layan buat kerja Matematik dekat belakang (tu yang tak faham bahasa sampai sekarang) Tiba-tiba cikgu muncul dari belakang, ambik kau kena sebiji pelangkung terbang. Ala cikgu ni tak sporting lah. Itu pun nasib baik saya tengah buat kerja Matematik, dibuatnya masa tu tengah layan majalah UTOPIA seperti kebiasaan, mau hinggap kasut tumit tinggi cikgu dekat kepala T__________T


Kau orang dekat sekolah dulu ada buat perangai-perangai gila? Mari share! :D





No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011